Surau al-Islah Seksyen 7 Shah Alam

BAYANGKAN JEMAAH DISINI TERPAKSA SOLAT TERAWIH DI LUAR MASJID KERANA RUANG YANG KECIL DAN SEMPIT

“Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan sehingga 700 kali lipat ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’”

- HR. Muslim no.1151

Sasaran Kutipan
RM 0
DANA TERKUMPUL
RM 0
DANA DIPERLUKAN
RM 0

Kebanjiran Jemaah dari 700 buah rumah penduduk sekitar Taman Perumahan Seksyen 7 Worldwide sudah lagi tak mampu ditampung oleh surau kecil ini..

Kami tiada daya untuk hilangkan kerisauan para Jemaah bila mereka lihat keuzuran surau ini setelah diguna 26 tahun. Ada yang pernah tersungkur licin hanya disebabkan kebocoran air hujan ke lantai.

Lantai Stalagmite Pecah & Licin

Ceiling Bocor

Mereka Patut Dapat Saf Solat Sempurna.

Bantu Kami Dalam Misi Pembangunan Surau
Al-Islah, Seksyen 7, Shah Alam

Kami pernah berhadapan situasi dimana “BLACKOUT GELAP GELITA” satu surau pada malam Ramadan.

Sistem pendawaian elektrik sudah tidak lagi dalam keadaan yang baik.

Masya Allah ! Habis terkopak lantai dan dinding dimamah usia !

Namun kami belum mampu nak betulkan semuanya..

"Sebaik-baik sedekah adalah sedekah yang ditunaikan pada bulan Ramadan."

(HR Tirmidzi)

Sekian lama, 26 tahun beroperasi menjadi tempat bersujud buat ribuan penduduk disini. Inilah nasib surau yang kami masih belum mampu untuk baiki demi keselesaan jemaah muslim.

Mohon bantuan tuan puan, hentikanlah penantian kami ini secepatnya.

Semoga Infaq Ini Menjadi Saham Akhirat Untuk Mak Ayah Kelak…

2,000 Jemaah Menanti Surau Ini Dinaiktaraf

Surau Al-Islah telah mula beroperasi sejak 1997 dan mendapat tumpuan penduduk serta para musafir. Namun, setelah 26 tahun, banyak fasiliti perlu dinaiktaraf untuk kegunaan jemaah di sini.

Malah, ruang solat tambahan juga diperlukan agar lebih ramai jemaah dapat menunaikan ibadah dalam keadaan yang lebih selesa serta mudah.

Antara yang mendukacitakan keadaan surau ini ialah bumbungnya yang kerap kali bocor walaupun telah berkali-kali diselenggara. Sayu dan luluh hati melihat tempat yang suci dan mulia ini, rumah Allah ini, kian ditelan usia sehingga menyebabkan gangguan dalam beribadah.

Andai dibiar, mungkin tiada lagi surau bernama Al-Islah di Seksyen 7 ini…

Perkongsian Keadaan Surau Oleh Pengerusi Surau :

Info Surau

Apabila Surau al-Islah ini siap dinaiktaraf kelak, ia akan dapat menampung 2,000 orang jemaah dalam satu-satu masa yang dilengkapi dengan kemudahan:

Galeri Aktiviti

Surat Kebenaran Naik Taraf Surau

Surat Kebenaran Mengumpul Dana

Surat Kebenaran Mengumpul Dana

Jom berinfaq untuk projek pembangunan Surau Al-Islah sekarang!

Salurkan infaq anda di:

Salurkan infaq anda ke
Akaun bank :

120380 1004 8862

Projek Wakaf Surau Al-Islah

Infaq Surau Al-Islah Seksyen 7 Shah Alam (Online)

RM30.00RM30,000.00

SKU: N/A Category:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.”

- (HR. Bukhari, no.6)

Fadilat Sedekah