Kebanjiran Jemaah dari 700 buah rumah penduduk sekitar Taman Perumahan Seksyen 7 Worldwide sudah lagi tak mampu ditampung oleh surau kecil ini..
Kami tiada daya untuk hilangkan kerisauan para Jemaah bila mereka lihat keuzuran surau ini setelah diguna 26 tahun. Ada yang pernah tersungkur licin hanya disebabkan kebocoran air hujan ke lantai.
Sekian lama, 26 tahun beroperasi menjadi tempat bersujud buat ribuan penduduk disini. Inilah nasib surau yang kami masih belum mampu untuk baiki demi keselesaan jemaah muslim.
Mohon bantuan tuan puan, hentikanlah penantian kami ini secepatnya.
Semoga Infaq Ini Menjadi Saham Akhirat Untuk Mak Ayah Kelak…
2,000 Jemaah Menanti Surau Ini Dinaiktaraf
Surau al-Islah telah mula beroperasi sejak 1997 dan mendapat tumpuan penduduk serta para musafir. Namun, setelah 26 tahun, banyak fasiliti perlu dinaiktaraf untuk kegunaan jemaah di sini.
Malah, ruang solat tambahan juga diperlukan agar lebih ramai jemaah dapat menunaikan ibadah dalam keadaan yang lebih selesa serta mudah.
Antara yang mendukacitakan keadaan surau ini ialah bumbungnya yang kerap kali bocor walaupun telah berkali-kali diselenggara. Sayu dan luluh hati melihat tempat yang suci dan mulia ini, rumah Allah ini, kian ditelan usia sehingga menyebabkan gangguan dalam beribadah.
Andai dibiar, mungkin tiada lagi surau bernama Al-Islah di Seksyen 7 ini…
"Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?"Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali."
- Riwayat al-Bukhari (969)
Jom berinfaq untuk projek pembangunan Surau Al Islah sekarang!
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614)
“Ya Rasulullah! Apakah amalan yang terbaik?” Baginda menjawab, “Sedekah dalam kesihatan, keberatan kerana takutkan kemiskinan dan mengharapkan kekayaan. Janganlah menunda-nunda sampai saat mendekati kematian dan kemudian mengatakan, “Berikan itu kepada si fulan itu, dan itu kepada si fulan.” Dan itu sudah menjadi milik seperti itu (seperti sudah terlambat).” (Bukhari & Muslim)
“Sesungguhnya sedekah memadamkan kemarahan Tuhan dan melindungi dari kematian yang mengerikan.” (Tirmidzi)