“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”
(Riwayat Thabrani)
Sasaran Kutipan
RM0
DANA TERKUMPUL
RM0
DANA DIPERLUKAN
RM0
Kebanjiran Jemaah dari 700 buah rumah penduduk sekitar Taman Perumahan Seksyen 7 Worldwide sudah lagi tak mampu ditampung oleh surau kecil ini..
Kami tiada daya untuk hilangkan kerisauan para Jemaah bila mereka lihat keuzuran surau ini setelah diguna 26 tahun. Ada yang pernah tersungkur licin hanya disebabkan kebocoran air hujan ke lantai.
Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,
“Seorang lelaki yang memberikan satu dirham sebagai sedekah selama hidupnya lebih baik daripada memberikan seratus dirham sebagai sedekah (wasiat) pada saat kematiannya.”
(Abu Dawud)
Sekian lama, 26 tahun beroperasi menjadi tempat bersujud buat ribuan penduduk disini. Inilah nasib surau yang kami masih belum mampu untuk baiki demi keselesaan jemaah muslim.
Mohon bantuan tuan puan, hentikanlah penantian kami ini secepatnya.
Semoga Infaq Ini Menjadi Saham Akhirat Untuk Mak Ayah Kelak…
2,000 Jemaah Menanti Surau Ini Dinaiktaraf
Surau Al-Islah telah mula beroperasi sejak 1997 dan mendapat tumpuan penduduk serta para musafir. Namun, setelah 26 tahun, banyak fasiliti perlu dinaiktaraf untuk kegunaan jemaah di sini.
Malah, ruang solat tambahan juga diperlukan agar lebih ramai jemaah dapat menunaikan ibadah dalam keadaan yang lebih selesa serta mudah.
Antara yang mendukacitakan keadaan surau ini ialah bumbungnya yang kerap kali bocor walaupun telah berkali-kali diselenggara. Sayu dan luluh hati melihat tempat yang suci dan mulia ini, rumah Allah ini, kian ditelan usia sehingga menyebabkan gangguan dalam beribadah.
Andai dibiar, mungkin tiada lagi surau bernama Al-Islah di Seksyen 7 ini…
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,
“Kedermawanan dekat dengan Allah SWT, dekat dengan Syurga, dekat dengan manusia dan jauh dari api neraka. Kedekut itu jauh dari Allah SWT, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan dekat dengan api neraka. Seorang yang dermawan tetapi jahil, lebih disayangi oleh Allah SWT daripada seorang ahli ibadat yang kedekut.”
(Tirmidzi)
Fadilat Sedekah
“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk”. (HR. Al Baihaqi)