Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”
(Surah al-Hadid: 18)
Sasaran Kutipan
RM0
DANA TERKUMPUL
RM0
DANA DIPERLUKAN
RM0
Kebanjiran Jemaah dari 700 buah rumah penduduk sekitar Taman Perumahan Seksyen 7 sudah lagi tak mampu ditampung oleh surau kecil ini..
Kami tiada daya untuk hilangkan kerisauan para jemaah bila mereka lihat keuzuran surau ini setelah diguna 26 tahun. Ada yang pernah tersungkur licin hanya disebabkan kebocoran air hujan ke lantai.
Abu Sa'id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,
“Seorang lelaki yang memberikan satu dirham sebagai sedekah selama hidupnya lebih baik daripada memberikan seratus dirham sebagai sedekah (wasiat) pada saat kematiannya.”
(Abu Dawud)
Inilah peluang terbaik untuk kita bantu saudara kita yang telah menantikan selama 26 tahun sebuah Rumah Allah yang selesa untuk bersujud.
Semoga Infaq Ini Menjadi Saham Akhirat Untuk Mak Ayah Kelak…
2,000 Jemaah Menanti Surau Ini Dinaiktaraf
Surau Al-Islah telah mula beroperasi sejak 1997 dan mendapat tumpuan penduduk serta para musafir. Namun, setelah 26 tahun, banyak fasiliti perlu dinaiktaraf untuk kegunaan jemaah di sini.
Malah, ruang solat tambahan juga diperlukan agar lebih ramai jemaah dapat menunaikan ibadah dalam keadaan yang lebih selesa serta mudah.
Antara yang mendukacitakan keadaan surau ini ialah bumbungnya yang kerap kali bocor walaupun telah berkali-kali diselenggara. Sayu dan luluh hati melihat tempat yang suci dan mulia ini, rumah Allah ini, kian ditelan usia sehingga menyebabkan gangguan dalam beribadah.
Andai dibiar, mungkin tiada lagi surau bernama Al-Islah di Seksyen 7 ini…
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda,
“Kedermawanan dekat dengan Allah SWT, dekat dengan Syurga, dekat dengan manusia dan jauh dari api neraka. Kedekut itu jauh dari Allah SWT, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan dekat dengan api neraka. Seorang yang dermawan tetapi jahil, lebih disayangi oleh Allah SWT daripada seorang ahli ibadat yang kedekut.”
(Tirmidzi)
FADHILAT BERINFAQ YANG RAMAI TIDAK SEDAR
1. Rezeki Bertambah “Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”(Ibrahim: 7)
2. Melindungi Diri Dari Bahaya “Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)
3. Elak Kematian Buruk Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”